Search This Blog

Popular Posts

Tuesday 8 March 2011

KATA SERU

Kata Seru
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 243), kata
seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan
digunakan dalam ayat seruan.

Kata Seru merupakan kata tugas yang digunakan dalam pembentukan ayat seruan dengan
tujuan melahirkan berbagai-bagai perasaan. Kata Seru menyatakan pelbagai perasaan
marah, gembira, sakit dan terkejut. Contoh kata seru adalah seperti wah, oh, amboi, aduh, cis, nah, wahai, syabas dan kasihan.

Ayat yang menggunakan kata seru diucapkan dengan nada atau intonasi seruan dengan tanda seru (!) diletakkan pada akhir ayat.

Kata Seru


Maksud

Wah Perasaan hairan, terkejut, gembira
Oh Terkejut, merayu
Amboi Perasaan hairan, mengejek
Aduh Perasaan sakit
Cis Perasaan benci, marah, jijik
Nah Perasaan memberi sesuatu dengan marah
Wahai Perasaan sayu, sayang, merayu, menarik pehatian
Syabas Perasaan puas, gembira, memuji, mengucapkan tahniah

1 comment:

  1. Tahniah dengan perkongsian ilmu ini. Saya gembira kerana berpeluang menimba ilmu di sini. Teruskan usaha anda.

    ReplyDelete