Search This Blog

Popular Posts

Tuesday, 8 March 2011

KATA SENDI NAMA

Kata Sendi Nama
Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan
kata atau frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
(Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 252), kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.

Contoh kata sendi nama ialah.

di bagai laksana antara ke demi
sejak untuk dari tentang terhadap dengan
daripada seperti akan dalam kepada bagai
oleh sampai pada umpana hingga

Kata sendi nama terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan
dipisahkan daripada perkataan yang mengikutnya. Kata sendi nama ialah perkataan
yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa
yang lain.

Kata Sendi Nama Penggunaan Contoh Ayat

Di Menunjukkan tempat (Tidak boleh digunakan untuk menunjukkan masa )
Ah Geok tinggal di Perak

Ke Menunjukkan tempat arah dan masa
Dia hendak pergi ke Kedah pada bulan hadapan.
Ekspo Kerjaya ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga ke pukul 5.00 petang.

Dari Menunjukkan tempat dan masa
David berasal dari Pulau Pinang
Ahmad menunggu kawannya dari pukul tiga petang tadi.

Hingga Maksud had masa
Amin bekerja dari pagi hingga petang.

Dengan Maksud bersama-sama
Ayah pergi ke pasar dengan adik

Daripada Tempat datangnya sesuatu / Asal kejadian sesuatu benda / Perbandingan Chandran menerima surat itu daripada abangnya.
Baju batik ini diperbuat daripada benang sutera.
Bangunan Maybank lebih tinggi daripada bangunan itu.

Pada Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. / Keterangan waktu. Lukisan itu digantung pada dinding.
Hujan turun dengan lebat pada pagi semalam.

Kepada Menunjukkan arah, tempat orang yang ditujui.
Surat jemputan itu ditujukan kepada pengerusi persatuan.

Bagi / Untuk Menunjukkan tujuan sesuatu itu dilakukan
Hari Kantin diadakan bagi / untuk mengisi tabung kewangan sekolah.

Sejak / Sementara Menunjukkan waktu / masa
Sejak pagi tadi, Munira asyik termenung saja.

Terhadap Merujuk kepada unsur yang melibatkan penyambut yang tertentu.
Setiap pemuda mestilah menanam rasa hormat terhadap orang yang lebih tua.

Antara Digunakan di depan kata nama yang membawa maksud
Antara makanan yang dihidangkan ialah sate.

"di" atau "ke", "dalam" berfungsi untuk menunjukkan arah / tempat.
Seok Hwa berada di dalam bilik bacaan.
Daniel masuk ke dalam rumahnya.

Demi Menunjukkan maksud tujuan
Kita mesti sanggup berkorban demi negara yang kita cintai.

Tentang Maksud perkara atau hal yang dilakukan
Encik Ahmad memberitahu pelajarnya tentang latihan bola sepak yang
akan diadakan pada hari Selasa.

Oleh Maksud sebab
Murid-murid yang ponteng sekolah itu berjaya ditangkap oleh guru disiplin.

Akan Menunjukkan maksud "kepada" atau "terhadap"
Amidi rindu akan keluarganya di Sabah.

No comments:

Post a Comment