Search This Blog

Popular Posts

Tuesday 8 March 2011

KATA BILANGAN

Kata BilanganKata bilangan terdiri daripada perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah 
(Koh Boh Boon, 190 : 90). Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata 
bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama
(Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 272).
 
 
Menurut Prof. Abdullah Hassan (2002 : 125), kata bilangan memberitahu jumlah orang,
benda atau perkara. Menurut Prof. Abdullah Hassan (2002 : 125 - 127) ada 6 jenis
kata bilangan iaitu:
 
1. Bilangan Kardinal / bilangan tentu  - satu, dua, seribu, sejuta
2. Bilangan tak tentu      - segala, semua, beberapa, seluruh, sekian,para
3. Bilangan pisahan   - setiap, tiap-tiap, masing-masing
4. Bilangan himpunan  - berpuluh-puluh, berjuta-juta
5. Bilangan pecahan   - separuh, setengah, sebahagian, tiga suku.
6. Bilangan ordinal / giliran  - pertama, kedua, keseribu, kedua ratus
 
Kata Bilangan Contoh Maksud
Kata Bilangan Kardinal Sepuluh
Dua puluh ribu
Menunjukkan jumlah yang tertentu.
Kata Bilangan Tak Tentu Semua
Banyak
Beberapa
Kebanyakan
Segala
Menunjukkan bilangan atau jumlah yang tidak tentu.
Bertiga-tiga
Berpuluh-puluh
Menunjukkan himpunan
Setiap
Masing-masing
Menunjukkan pisahan atau berasingan
Separuh
Seperlima
Menunjukkan pecahan

Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan

Kata Bilangan Salah Betul
1. Kata bilangan tingkat
    tidak boleh digunakan
    untuk menunjukkan
    jumlah.
Ayah menanam kedua batang pokok kelapa di kebun. Ayah menanam dua batang pokok kelapa di kebun.
2. Kata bilangan tak tentu
    seperti para, segala dan
    semua tidak boleh
    diulang.
Para-para murid dikehendaki beratur di dewan. Para murid dikehendaki beratur di dewan.
3. Kata bilangan tak tentu
    berbagai-bagai dan
    setengah-tengah, kata
    bilangan pisahan tiap-
    tiap dan masing-masing
    tidak boleh  
    disingkatkan.
Di pasar malam, berbagai jenis kuih dijual. Di pasar malam berbagai-bagai jenis kuih dijual.
4. Kata bilangan tentu
    satu, tiga dan kata
    bilangan pecahan tidak
    boleh hadir serentak.
1. Saya menunggu bas selama
    satu suku jam
.
2. Harga ikan bawal ialah tiga
    setengah ringgit
.
1. Saya menunggu bas selama
    satu jam suku
.
2. Harga ikan bawal ialah
    tiga ringgit setengah
.

No comments:

Post a Comment