Search This Blog

Popular Posts

Friday 1 April 2011

LESTARI BUKIT MENGHIJAU Karya Syed Mah adzir Syed Ibrahim

SINOPSIS

Bab 1 : Perubahan

Mengisahkan perjuangan Pak Tua yang tinggal di kaki Bukit Bintongor untuk menjaga kehijauan dan kedamaian Bukit Bintongor. Penduduk kampung menganggap Pak Tua sudah gila, nyanyuk dan sengaja mereka-reka cerita mengenai nama saintifik dan kelebihan pokok-pokok kepada penduduk kampung. Bab ini juga mengisahkan bagaimana Zahiran berkenalan dengan Pak Tua. Kisah bermula apabila Zahiran ingin menebang pokok bunga cempaka, tetapi di haling oleh Pak Tua. Peristiwa yang sama juga berlaku apabila Lebai Jusoh ingin menebang pokok kacang kelor. Pak Tua menghalang niat Lebai Jusoh dan menyatakan kelebihan pokok tersebut. Namun tidak diendahkan oleh Lebai Jusoh dan penduduk kampung.Bab ini juga mengisahkan kehadiran seorang pengetua baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai iaitu Cikgu Idham. Sekolah ini juga merupakan tempat belajar Zahiran yang berada di tingkatan 3. Pelbagai projek telah diperkenalkan oleh Cikgu Idham untuk membantu Negara menjaga alam sekitar. Semasa cuti sekolah Cikgu Idham telah memperkenalkan projek lestari mesra alam.Zahiran dan kumpulannya ditugaskan mencari sekumpulan burung untuk projek tersebut.


Bab 2 : Fitnah

Keresahan Zahiran yang belum mencari burung untuk projek sekolah. Tambahan pula, dua rakannya telah demam menyebabkan mereka tidak dapat bersama untuk mencari burung. Pada suatu hari, Kasa, Seleman dan Setopa telah ternampak orang berpakaian kemas telah menemui Pak Tua. Tanpa usul periksa mereka telah menabur fitnah mengatakan Pak Tua ada kaitan dengan penjenayah atau tauke dadah. Fitnah ini disebarkan kepada penduduk kampung. Hal ini menyebabkan Zahiran dan rakannya bertelagah untuk ke Bukit Bintongor . Seleman telah menahan Zahiran dan penduduk kampung yang lain daripada menghampiri Bukit Bintongor. Alasannya cukup remeh iaitu bimbang jika ada serbuan ke atas kegiatan dadah Pak Tua, sudah tentu akan kena tangkap sama bagi sesiapa yang perg ke Bukit itu. Namun, Zahiran dan rakannya tidak mempercayai fitnah yang disebarkan oleh Seleman.


Bab 3 : Memasang hasrat

Zahiran dan rakannya Osman dan Kadir masuk ke Bukit Bintangor tanpa kebenaran Pak Tua. Ketika Zahiran berada di atas pokok, pak Tua datang menyebabkan Osman dan Kadir lari lintang pukang seolah-olah nampak hantu. Namun, Zahiran dengan tenang turun dari pokok dan berbual dengan Pak Tua. Pak Tua menasihatkan agar Zahiran tidak lagi menangkap atau membunuh haiwan. Nasihat ini didengari oleh Zahiran. Dari situ bermulalah hubungan Zahiran dengan Pak Tua. Banyak maklumat telah diberikan kepada Zahiran.Zahiran merasakan setiap perkataan yang terluah daripada bibirnya penuh dengan nilai kasih sayang yang amat murni. Zahiran juga menyatakan hasratnya ingin berjaya dalam PMR agar dapat masuk aliran sains dan belajar di MRSM atau sekolah sains.


BAB 4: Bukan Sembarangan Orang

Hamzah, Marzuki dan Khuzairi puas dengan hasil tangkapan masing-masing. Khuzairi memberitahu kawan-kawannya bahawa begitu senang untuk menjadi terkenal seperti Pak Tua yang berpura-pura gila, buat-buat mereng, buat-buat nyanyuk sehinggakan jadi terkenal di serata kampung. Ketika mereka berbual-bual, mereka terserempak dengan Zahiran, Osman dan Kadir. Perbualan mereka banyak tertumpu kepada Pak Tua. Zahiran menegaskan yang Pak Tua tidak gila, malah baik dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Namun, kawan-kawannya tidak mempercayai sehinggalah Zahiran memberitahu Pak Tua ialah bukan sembarangan orang. Buktinya dia sanggup membeli bukit dengan harga ribuan ringgit untuk di jadikan taman rekreasi. Malah setiap batang pokok di bukit itu telah dinamakan dengan nama biasa dan nama saintifik. Zahiran juga telah mengajak rakan-rakannya berjumpa dengan Pak Tua. Pada awalnya mereka takut, tapi setelah di terangkan oleh Zahiran mengenai pertemuannya dengan Pak Tua, mereka telah bersetuju untuk berjumpa dengan Pak Tua tetapi setelah memberitahu ibu bapa masing-masing.


BAB 5 : Sangkaan yang meleset

Zahiran mengatur langkah ke Bukit Binangor. Dia sudah tekad ingin berkenalan dengan Pak Tua. Dia ingin mengenali Pak Tua yang selama ini dicaci dengan pelbagai tuduhan oleh orang kampung. Zahiran merasa kagum apabila tiba di pertengahan bukit kerana keadaannya tidak semak seperti yang disangkakan olehnya. Keadaan ini seolah-olah sebuah taman rekreasi yang dijaga rapi.Malah Zahiran merasakan seolah-olah sedang berada di Taman Botani Putrajaya. Setiba di tempat Pak Tua, Zahiran sempat sarapan dan makan tengah hari bersama Pak Tua. Mereka berjalan-jalan sekitar Bukit Bintangor. Banyak ilmu yang diperoleh Zahiran daripada Pak Tua. Sejak hari itu Zahiran sering mengujungi Pak Tua, malah kadang-kadang bermalam. Tidak berakhir di situ, kawan-kawan Zahiran telah sepakat untuk menemui Pak Tua. Sejak menemui pak Tua persepsi mereka telah berubah malah banyak memuji tentang kelebihan orang tua tersebut.


BAB 6 : Karut-marut

Petang yang ceria, Zahiran menuju kea rah kedai runcit Pak Long Hamad untuk membeli tepung, gula dan kopi yang disuruh oleh ibunya. Sepanjang jalan yang dilaluinya, Zahiran melihat begitu banyak tumbuhan hijau yang dahulunya tidak pernah diketahui tetapi kini seolah-olah begitu rapat dalam kehidupannya. Kini hanya dengan melihat daunnya saja, dia sudah dapat menjelaskan bentuk pokoknya. Semasa di kedai runcit Pak Long Hamad, Zahiran telah diperli oleh Seleman , Kasa dan Stopa. Stopa menyatakan nama saintifiknya ialah Stopa de Caprio. Namun, Zahiran berlalu tanpa menghiraukan kata-kata mereka. Pada suatu hari, berita Hamzah demam disebabkan tersampuk hantu tanah di Bukit Bintangor telah meresahkan Pak Tua. Tambahan pula , cerita bahawa Pak Tua pengamal ilmu hitam telah tersebar luas. Namun, ini tidak mematahkan semangat Pak Tua untuk melawat Hamzah bersama Zahiran. Setibanya dirumah Hamzah, Pak Tua mengarahkan agar Hamzah dibawa ke hospital dengan segera kerana demam kuning. Walaupun pada mulanya ditentang oleh Pak Hamid namun akhirnya mereka bersetuju membawa Hamzah ke hosipital. Segala perbelanjaan ditanggung oleh pak Tua.Gigitan nyamuk menyebabkan Hamzah menghidap demam kuning dan Pak Hamid terkena penyakit untut. Pak Tua ingin membantu keluarga Hamzah.


BAB 7 : Kita Perlu Bertanggungjawab.

Penyakit Hamzah telah menutup mulut orang-orang kampung yang sebelum ini tidak senang dengan Pak Tua. Satu mesyuarat diadakan apabila beberapa orang lagi murid Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai menghidap demam yang sama. Lebai Jusoh dan Pak Tua telah dipanggil untuk membincangkan hal tersebut.Pak Tua menegaskan demam kuning disebabkan oleh nyamuk. Salah satu cara untuk mengatasinya ialah membersihkan kawasan kampung. Hal ini dipersetujui untuk mengadakan gotong royong terutama kawasan rumah Pak Hamid.Agensi yang terlibat dengan gotong royong ini ialah Syarikat Alam Flora, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya. Wakil rakyat turut bermurah hati menyediakan makanan dan minuman untuk majlis tersebut. Pegawai daripada Jabatan Kesihatan turut memberikan ceramah cara-cara untuk menjaga kesihatan. Namun, tugas belum selesai selagi tidak membantu Pak Hamid. Pak Tua mencadangkan kutipan derma dilakukan untuk membantu Pak Hamid membiayai rawatan penyakit untutnya.Kerjasama daripada masjid, sekolah jabatan kerajaan, akhbar Utusan Malaysia , Jabatan Kebajikan Negara dan wakil rakyat telah dicadangkan. Hasil daripada kerjasama itu , Pak Hamid telah menerima rawatan dan pembedahan di Hospital Appolo, Chennai, India. Kini Kampung Alor Rambai telah terhindar daripada sebarang pencemaran.Pada suatu hari, Zahiran ternampak kepulan asap dari hutan bukit Bintangor. Dia meluru ke tempat kejadian. Dia melihat Pak Tua mengalir air mata melihat sebatang bintangor yang sudah terbakar.Kejadian itu menyebabkan Kasa dan Seleman memohon maaf daripada Pak Tua. Kini mereka menjadi akrab, malah membantu Pak Tua menjaga kehijauan alam Bukit Bintangor.


BAB 8 : Ada Kisah Tersendiri

Pada suatu malam yang indah, Pak Tua telah berteka-teki dengan Zahiran. Pada masa yang sama Zahiran bertanyakan mengapakah Pak Tua suka menanam pokok bintangor. Secara tidak langsung, terbongkarlah kisah keluarga Pak Tua. Beliau pernah tinggal di Bandar Chicago. Isterinya Kamariah dan dua orang anaknya telah meninggal dunia dalam kemalangan sewaktu pulang dari membeli- belah di Kota Chicago. Pak Tua merasa sedih kerana Kamariah tidak sempat melihat kejayaan yang telah dicapai olehnya dan rakan-rakannya mengenai penemuan penawar HIV. Salah satu bahan uji kajinya ialah daripada bintangor. Terjawablah mengapa Pak Tua suka menanam bintangor. Masa terus berlalu, Zahiran diterima masuk ke Kolej Matrikulasi Melaka di Londong kerana berjaya dengan cemerlang dalam SPM. Kini, sudah tiga tahun Pak Tua kembali ke rahmatullah. Dia akan menurut jejak langkah pak Tua, menjadi seorang ahli sains yang berjasa kepada manusia dan masyarakat sejagat. Orang kampung pula riuh terutama di kedai runcit Pak Long Hamat apabila wajah Pak Tua muncul di muka depan akhbar Berita Minggu. Pak Tua merupakan seorang Pesara Pakar Penyelidik Sintesis Organik yang dikenali sebagai Profesor Osman Yunus. Beliau telah mewakafkan Bukit Bintangor untuk tujuan Pendidikan dan Penyelidikan.

TEKNIK MENGAJAR KOMSAS

Teknik dan Kaedah Mengajar KOMSAS
Teknik Dracer
Langkah Mengajar:
a. Murid membaca skrip drama
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti skrip drama aspek watak, tema dan persoalan, plot dan sinopsis.
c. Murid menulis kembali skrip drama tersebut ke dalam bentuk ceren.

Genre:
a. Sesuai untuk genre drama


Teknik Komcer
Langkah Mengajar:
a. Murid membaca komik.
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti komik tersebut (watak-watak penting, tema dan persoalan, plot dan sinopsis)
c. Murid menulis kembali komik tersebut dalam bentuk cerpen.

Genre:
a. Sesuai untuk Cerpen


Teknik Cerdra
Langkah Mengajar:
a. Murid membaca petikan cerpen.
b. Murid menyatakan sinopsis cerpen.
c. Murid berbincang dalam kumpulan tentang cara-cara menulis skrip drama.
d. Murid mengadaptasi cerpen kepada skrip drama.

Genre:
a. Sesuai untuk genre cerpen dan drama








Teknik Cerkom
Langkah Mengajar:
a. Murid membaca petikan cerpen.
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti tema dan persoalan, plot dan watak-watak penting.
c. Murid menyatakan sinopsis cerpen.
d. Murid melukis komik yang berdialog berdasarkan sinopsis cerpen.

Genre:
Sesuai untuk Genre Cerpen



Teknik Meneruskan Cerpen
Langkah Mengajar:

a. Murid membaca petikan cerpen.
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk meramal kesudahan cerpen yang dibaca.
c. Murid menyambung cerpen yang dibaca dengan menambah atau menggugurkan watak, mengubah suai plot, latar, tema dan sebagainya.

Genre:
a. Cerpen, novel


Teknik Meramal
Langkah Mengajar:

a. Murid membaca petikan cerpen.
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti watak utama dan watak sampingan.
c. Dalam kumpulan, murid akan berbincang tentang perwatakan luaran dan dalaman watak utama dan watak sampingan.
d. Berdasarkan perwatakan luaran dan dalaman, murid akan melikis atau menampal wajah watak tersebut.

Genre:
a. Cerpen dan Novel



Teknik Penafsiran Grafik
Langkah Mengajar:

a. Menterjemahkan bahan grafik seperti lukisan, gambar, lakaran, carta, graf dan lain-lain dalam bentuk penulisan sajak.

Genre:
a. Sesuai untuk genre sajak


Teknik Pemindahan Genre
Langkah Mengajar:

a. Ambil idea daripada genre lain seperti cerpen, novel, atau drama.
b. Oleh kembali ke dalam bentuk / genre sajak

Genre:
a. Sesuai untuk genre sajak.


Teknik Terus
Langkah Mengajar:

a. Gunakan bahan yang dibekalkan sebagai isi atau pemikiran sajak.
b. Gunakan bahan keratan akhbar, gambar tokoh, gambar peristiwa, inti ucapan pemimpin dan sebagainya.
c. Bahan yang dibekalkan bukanlah bahan rangsangan, sebaliknya terus dijadikan isi atau pemikiran sajak.

Genre:
a. Sesuai untuk genre sajak.

Teknik Rantai Kalimat
Langkah Mengajar:

a. Dimulai dengan satu kalimat.
b. Murid dikehendaki menyambung kalimat tersebut berdasarkan perspektif masing-masing.
c. Murid lain dalam kumpulan kecil atau kelas akan menyambung proses penulisan ini menjadi sebuah sajak yang lengkap.

Genre:
a. Sesuai untuk genre sajak.

Teknik Reaginasi
Langkah Mengajar:

a. Teknik ini lahir daripada dua perkataan iatu realiti dan imaginasi.
b. Murid dikehendaki menulis sajak.
c. Murid yang tidak pernah mengalami atau menghadapi situasi itu boleh menggunakan imaginasinya untuk menukangi sajak tersebut.

Genre:
a. Sesuai untuk genre sajak.


Teknik Permata Kata
Langkah Mengajar:

a. berdasarkan tema, murid diberikan satu hingga dua perkataan (diksi) yang boleh dianggap sebagai kunci kata.
b. Berdasarkan kunci kata tadi, murid akan mencari perkataan yang lain berkaitan sebagai input penulisan sajak.

Genre:
a. Penulisan Sajak

Teknik Pancaminda
Langkah Mengajar:

a. Teknik ini menggabungkan teknik pancaindera dan bayangan minda.
b. Murid perlu menjana idea penulisan melalui lima pancaindera (rasa, sentuh, hidu, lihat dan dengar).
c. hasilkan sajak berdasarkan tema atau isu yang ditetapkan dan bayangan minda

Genre:
a. Sesuai untuk penulisan puisi

Teknik Puisidra
Langkah Mengajar:

a. seorang murid mendeklamasikan puisi.
b. Sekumpulan murid lain melakonkannya
c. Pergerakan pelakon adalah selaras dengan ungkapan puisi yang dibacakan.

Genre:
a. Puisi / Sajak
Teknik Penulisan Log Pembelajaran
Langkah Mengajar:

a. buat log pembelajaran setiap hari selepas pembelajaran
b. buat catatan tentang gaya bahasa kreatif yang dipelajari dalam bilik darjah
c. buat catatan juga sewaktu membaca bahan sastera
d. Isikan aspek bahasa yang dipelajari dalam Log Pembelajaran Harian

Genre:
a. Sesuai untuk semua genre, puisi, sajak, prosa, cerpen dan novel.


Teknik Penulisan Jurnal Dua Bahagian
Langkah Mengajar:

a. Bahagikan kertas kepada dua bahagian.
b. Buat catatan respons semasa dan selepas membaca.
c. Bahagian satu (penilaian awal terhadap isi / rumusan nilai / meses semsa membaca teks).
d. Bahagian dua (memikirkan dan menilai kembali tanggapan terhadap isu / rumusan nilai/ mesej.

Genre:
a. Semua genre puisi, prosa dan cerpen.


Teknik Penulisan Jurnal Dialog
Langkah Mengajar:

a. Respons murid terhadap karya
b. Dialog melalui respons bertulis.
c. Beberapa baris / ruang kosong akan ditinggalkan untuk memberi peluang kepada guru / rakan membaca jurnal dan membuat respons balas.
d. Boleh dibuat dalam kumpulan.

Genre:
a. Semua jenis genre, puisi, sajak, cerpen, prosa dan sebagainya.




Teknik Penulisan Jurnal Tiga Bahagian
Langkah Mengajar:

a. Membuat Jurnal Tiga Bahagian
b. Murid diberikan helaian kertas A4.
c. Murid diminta melipat kertas tersebut kepada tiga bahagian.
d. Bahagian A ditulis Semasa Membaca (murid diminta memberikan tanggapan awal berdasarkan pengetahuan mereka.
e. Bahagian B ditulis Semasa Membaca (murid diminta membaca dan menulis respons tentang isi kandungan bahan
f. Bahagian C ditulis Selepas Membaca (murid memikirkan kembali tanggapan awal).

Genre:
a. Sesuai untuk semua genre, puisi, prosa dan cerpen serta novel.


Teknik Soalan Pemahaman
Langkah Mengajar:

a. Murid membaca petikan cerpen atau prosa
b. Beberapa orang murid menceritakan kembali sinopsis / ringkasan
c. Dalam kumpulan, murid membina satu soalan bertumbu, satu soalan bercapah dan satu soalan maksud rangkai kata berserta jawapan yang lengkap.
d. Wakil kumpulan menulis soalan yang dibina di papan hitam.
e. Murid lain diberi peluang membetulkan kesalahan ayat, ejaan dan tatabahasa
f. Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan kumpulan lain secara lisan
g. Murid menjawab semua soalan di papan hitam.

Genre:
a. Sesuai untuk cerpen dan prosa tradisional


Teknik Frasa Menarik
Langkah Mengajar:

a. Galak murid salin ayat dan frasa menarik daripada bahan-bahan yang dibaca ke dalam buku nota.
b. Galak murid mencipta sendiri ayat dan farasa menarik serta menggunakannya pada masa yang sesuai.
c. Galak murid tulis hasil karya kreatif dengan menggunakan bahasa menarik, tepat dan bermakna sebagaimana yang dicatat.
d. Galakkan murid bertutur dengan bahasa yang sesuai dan menarik terutama dalam situasi formal dan tidak formal.

Genre: Sesuai untuk menulis cerpen, puisi dan sajak.

Teknik Teater Puisi
Langkah Mengajar:

a. Seorang pelajar dipilih untuk mendendangkan syair atau puisi.
b. Tiga orang pelajar yang lain diminta beraksi teater atau berlakon.
c. Pelajar lain diminta memerhatikan aktiviti dengan teliti, mengenal pasti aspek yang menarik dalam isi cerita.
d. Dengan bimbingan guru, beberapa orang pelajar dipilih untuk memberi pendapat tentang aspek menarik dalam puisi atau cerita.

Genre:
a. Puisi, sajak, syair, pantun dan sebagainya.


Teknik Adaptasi
1. Langkah Mengajar
a. Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan genre lain.
b. Sebagai contoh, menulis pantun berdasarkan cerpen, menulis skrip drama berdasarkan sajak dan sebagainya.
c. Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid.

2. Genre
a. Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera


Teknik Dekon
Langkah Mengajar
a. Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
b. seorang atau beberapa orang murid melakonkan aski yang sesuai dengan sajak / puisi yang dipelajari.
c. Murid lebih mudah mengingati sajak / puisi.

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk sajak.




Teknik Mestamu
Langkah Mengajar
a. Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik
b. Gunakan melodi lagu yang diminati / popular.
c. Gantikan seni kata / lirik lagu kepada sajak atau puisi yang dipelajari.
d. Murid akan mudah mengingati sajak / puisi

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan sebagainya.


Teknik Peta Minda
Langkah Mengajar:
a. Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta minda.
b. Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal.
c. Pelajar sendiri boleh membina peta minta itu.

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.


Teknik Stesen
Langkah Mengajar:
a. Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen yang lain.
b. Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru.
c. Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat.

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.


Teknik Improvisasi
Langkah Mengajar:
a. Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar.
b. Dijalankan dalam kumpulan antara 2 hingga 5 orang murid.
c. Murid diberi masa 10 hingga 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel dan prosa klasik.


Teknik Kerusi Panas
Langkah Mengajar:
a. Seorang murid dikehendaki memainkan peranan satu watak.
b. Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.
c. Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak yang dilakonkan.
d. Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang dilakonkan.
e. Murid lain mencatat perwatakan watak.

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.


Teknik Balang Kaca
a. Seorang murid berlakon sebagai watak utama
b. Murid-murid lain berlakin sebagai watak-watak lain mengelilingi watak utama.
c. Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama.
d. Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik muka, gerak tubuh dan sebagainya.
e. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel dan prosa klasik.
Teknik Monodrama
Langkah Mengajar:
a. Teknik ini dilakonkan oleh seorang pelakon.
b. Murid sebagai pelakon mesti menghayati watak yang dipilih.
c. Pelaon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak salam sesuatu karya.
d. Murid lain dapat menilai perwatakan yang sedang dilakonkan.

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

Teknik Persidangan Meja Bulat
Langkah Mengajar:
a. Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.
b. Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan.
c. Seorang murid menjadi pencatat.
d. Perbincangan berfokus kepada isu yang ditetapkan oleh guru.
e. Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan
f. Pendapat harus diberikan secara bergilir.
g. Wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

Teater Bercerita
Langkah Mengajar:
a. Aktiviti ini melibatkan seorang pencerita dan beberapa orang pelakon.
b. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.
c. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
d. Murid lain diminta mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk mengajar genre drama, cerpen, novel dan prosa klasik.


Teknik Membuat Projek
a. Guru perlu memikirkan satu projek bagi mengumpulkan maklumat berkaitan nilai murni yang ada dalam teks.
b. Pelajar diminta menyenarai beberapa nilai murni dalam cerpen.
c. Wakil pelajar diminta untuk membentangkan hasil perbincangan.
d. Aktiviti ini dapat meyakinkan pelajar bercakap di khalayak ramai.
e. Pelajar diminta melakukan aktiviti perbualan berbentuk drama.
f. Pelajar juga diberi tugasa mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian seperti berani mencuba sesuatu bagi meningkatkan tahap pembelajaran.

Teknik Main Peranan
a. Pelajar perlu membayangkan diri sendiri ataupun orang lain dalam pelbagai situasi.
b. Pelajar diminta beraksi seperti watak yang ada dalam situasi cerpen.
c. Melalui kaedah ini pelajar dapat menghargai dan menghayati matlamat watak.
d. Teknik ini memberi tumpuan kepada minat serta emosi pelajar.
e. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan selain menerangkan perkembangan dalaman.

Teknik Menghasilkan Karya
a. Berdasarkan cerpen yang dibaca, pelajar diminta menghasilkan sebuah karangan.
b. Pelajar boleh menghasilkan apa-apa sahaja bentuk karangan berkaitan dengan cerpen.
c. Pelajar juga boleh membuat ringkasan atau sinopsis cerpen.
d. Pelajar juga boleh menulis artikel ataupun sajak berdasarkan cerpen yang dibaca.
e. Sajak atau artikel tersebut boleh dihantar kepada pihak media massa.
f. Sesuai untuk mengajar cerpen

Teknik Bayangan Minda
a. Tujuannya untuk memberi gambaran dan pemahaman kepada pelajar.
b. Pelajar diminta membayangkan situasi yang bermain dalam minda watak yang dipilih.
c. Pelajar juga diminta membayangkan latar belakang watak yang dipilih.
d. Aktiviti ini dapat menyedarkan kepayahan dan kesenangan yang dirasai oleh watak.
e. Sesuai untuk menghayati dan mengenal watak dan perwatakan bagi watak yang dipilih.

Teknik Berdialog
a. Pelajar perlu fahami keseluruhan isi cerpen.
b. Pelajar diminta membuat dialog atau perbualan berdasarkan cerpen yang dibaca.
c. Dialog perlu dilakonkan oleh pelajar.
d. Cara ini dapat meningkatkan tahap pencapaian mengingati fakta dan mencungkil bakat.
e. Dialog dapat melatih pelajar bertutur menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
f. Sesuai digunakan untuk mengajar Cerpen.

Teknik Teater Pembaca
a. melibatkan beberapa orang murid membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas.
b. lebih mementingkan aspek penggunaan suara, sebutan, intonasi, dan mimik muka,
c. murid yang sedang membaca skrip diminta bergerak selangkah ke hadapan dan kembali selangkah ke belakang selepas gilirannya habis.
d. membantu penonton memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka.
e. Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
f. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.

Tuesday 8 March 2011

KATA TANYA

Kata Tanya

Menurut tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al:2004:243), kata Tanya
ialah perkataan yand digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Kata
tanya terdiri daripada bila, di mana, siapa, apa, mengapa, berapa dan bagaimana.

Kata tanya siapa digunakan untuk manusia dan tidak boleh guna untuk benda atau binatang Kata Tanya apa tidak boleh guna untuk manusia.

KATA SERU

Kata Seru
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 243), kata
seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan
digunakan dalam ayat seruan.

Kata Seru merupakan kata tugas yang digunakan dalam pembentukan ayat seruan dengan
tujuan melahirkan berbagai-bagai perasaan. Kata Seru menyatakan pelbagai perasaan
marah, gembira, sakit dan terkejut. Contoh kata seru adalah seperti wah, oh, amboi, aduh, cis, nah, wahai, syabas dan kasihan.

Ayat yang menggunakan kata seru diucapkan dengan nada atau intonasi seruan dengan tanda seru (!) diletakkan pada akhir ayat.

Kata Seru


Maksud

Wah Perasaan hairan, terkejut, gembira
Oh Terkejut, merayu
Amboi Perasaan hairan, mengejek
Aduh Perasaan sakit
Cis Perasaan benci, marah, jijik
Nah Perasaan memberi sesuatu dengan marah
Wahai Perasaan sayu, sayang, merayu, menarik pehatian
Syabas Perasaan puas, gembira, memuji, mengucapkan tahniah

KATA SENDI NAMA

Kata Sendi Nama
Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan
kata atau frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
(Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 252), kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.

Contoh kata sendi nama ialah.

di bagai laksana antara ke demi
sejak untuk dari tentang terhadap dengan
daripada seperti akan dalam kepada bagai
oleh sampai pada umpana hingga

Kata sendi nama terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan
dipisahkan daripada perkataan yang mengikutnya. Kata sendi nama ialah perkataan
yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa
yang lain.

Kata Sendi Nama Penggunaan Contoh Ayat

Di Menunjukkan tempat (Tidak boleh digunakan untuk menunjukkan masa )
Ah Geok tinggal di Perak

Ke Menunjukkan tempat arah dan masa
Dia hendak pergi ke Kedah pada bulan hadapan.
Ekspo Kerjaya ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga ke pukul 5.00 petang.

Dari Menunjukkan tempat dan masa
David berasal dari Pulau Pinang
Ahmad menunggu kawannya dari pukul tiga petang tadi.

Hingga Maksud had masa
Amin bekerja dari pagi hingga petang.

Dengan Maksud bersama-sama
Ayah pergi ke pasar dengan adik

Daripada Tempat datangnya sesuatu / Asal kejadian sesuatu benda / Perbandingan Chandran menerima surat itu daripada abangnya.
Baju batik ini diperbuat daripada benang sutera.
Bangunan Maybank lebih tinggi daripada bangunan itu.

Pada Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. / Keterangan waktu. Lukisan itu digantung pada dinding.
Hujan turun dengan lebat pada pagi semalam.

Kepada Menunjukkan arah, tempat orang yang ditujui.
Surat jemputan itu ditujukan kepada pengerusi persatuan.

Bagi / Untuk Menunjukkan tujuan sesuatu itu dilakukan
Hari Kantin diadakan bagi / untuk mengisi tabung kewangan sekolah.

Sejak / Sementara Menunjukkan waktu / masa
Sejak pagi tadi, Munira asyik termenung saja.

Terhadap Merujuk kepada unsur yang melibatkan penyambut yang tertentu.
Setiap pemuda mestilah menanam rasa hormat terhadap orang yang lebih tua.

Antara Digunakan di depan kata nama yang membawa maksud
Antara makanan yang dihidangkan ialah sate.

"di" atau "ke", "dalam" berfungsi untuk menunjukkan arah / tempat.
Seok Hwa berada di dalam bilik bacaan.
Daniel masuk ke dalam rumahnya.

Demi Menunjukkan maksud tujuan
Kita mesti sanggup berkorban demi negara yang kita cintai.

Tentang Maksud perkara atau hal yang dilakukan
Encik Ahmad memberitahu pelajarnya tentang latihan bola sepak yang
akan diadakan pada hari Selasa.

Oleh Maksud sebab
Murid-murid yang ponteng sekolah itu berjaya ditangkap oleh guru disiplin.

Akan Menunjukkan maksud "kepada" atau "terhadap"
Amidi rindu akan keluarganya di Sabah.

KATA KERJ

Kata Kerja
Kata kerja menyatakan perbuatan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah
Karim et. al : 2004 : 139), kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu:

i) Kata kerja transitif
ii) Kata kerja tak transitif

Kata Kerja Transitif

Menurut Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja transitif ialah kata kerja
yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 143)

Subjek Kata Kerja Transitif Objek
1. Ibu memasak kari ayam
2. Ahmad menendang bola

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 141)

Subjek Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Pelengkap
1. Mereka bermain bola di padang
2. Azli tinggal di Pahang

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata Kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140)

Subjek Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Keterangan
1. Mereka makan di Restoran Sahur
2. Dia membeli-belah di Singapura

Kata Kerja Transitif
Kata Kerja yang mengambil satu objek di belakangnya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata kerja transitif yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90).

Contoh:
1. Emak memasak (kata kerja transitif) kari ayam (objek)
2. Kakak membelikan (kata kerja transitif) Kartini kamus.

Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut
atau objek sesudahnya. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90). Menurut Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140), kata kerja tak transitif
dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:

i) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
ii) Kata kerja tak transitif berpelengkap

Contoh:
1. Murid-murid berbaris (kata kerja tak transitif) di padang sekolah
2. Pasukan hoki berlatih (kata kerja tak transitif) setiap petang.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
- bertujuan melengkapkan maksud ayat.
Contoh:
1. Murid-murid itu tinggal [di asrama sekolah]. - pelengkap

Kata Kerja Tak Transitif tidak diikuti oleh pelengkap dikenali sebagai kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
Contoh:
1. Pegawai penerangan sudah tiba.

KATA GANDA

Kata Ganda
Penggandaan ialah cara membina perkataan dengan mengulang seluruh atau separuh daripada satu kata dasar (Koh Boh Boon, 1999:47). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 49), kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara seluruh atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Kata Ganda Penuh Kata Ganda Separa Kata Ganda Berimbuhan Kata Ganda Berentak
Buku-buku Jejentik Tolong-menolong Bukit-bukau
Meja-meja Lelangit Hormat-menghormati Gunung-ganang
Guru-guru Lelaki Sayang-menyayangi Gotong-royong
Peserta-peserta Popohon Bantu-membantu Semak-samun
Murid-murid Kekura Kasih-mengasihi Riuh-rendah

Penggandaan Sepenuh - Seluruh kata dasar diulang
Penggandaan Separah - Mengulang sebahagian daripada kata dasar
Penggandaan Berimbuhan - Setengah-setengah perkataan berimbuhan mengalami penggandaan separa - mengulang bahagian perkataan yang merupakan kata dasarnya (Koh Boh Boon, 1990:48)
Penggandaan Berentak - Membina perkataan dengan mengulang kata dasar berdasarkan rentak atau irama kata dasar.