Search This Blog

Popular Posts

Friday 1 April 2011

LESTARI BUKIT MENGHIJAU Karya Syed Mah adzir Syed Ibrahim

SINOPSIS

Bab 1 : Perubahan

Mengisahkan perjuangan Pak Tua yang tinggal di kaki Bukit Bintongor untuk menjaga kehijauan dan kedamaian Bukit Bintongor. Penduduk kampung menganggap Pak Tua sudah gila, nyanyuk dan sengaja mereka-reka cerita mengenai nama saintifik dan kelebihan pokok-pokok kepada penduduk kampung. Bab ini juga mengisahkan bagaimana Zahiran berkenalan dengan Pak Tua. Kisah bermula apabila Zahiran ingin menebang pokok bunga cempaka, tetapi di haling oleh Pak Tua. Peristiwa yang sama juga berlaku apabila Lebai Jusoh ingin menebang pokok kacang kelor. Pak Tua menghalang niat Lebai Jusoh dan menyatakan kelebihan pokok tersebut. Namun tidak diendahkan oleh Lebai Jusoh dan penduduk kampung.Bab ini juga mengisahkan kehadiran seorang pengetua baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai iaitu Cikgu Idham. Sekolah ini juga merupakan tempat belajar Zahiran yang berada di tingkatan 3. Pelbagai projek telah diperkenalkan oleh Cikgu Idham untuk membantu Negara menjaga alam sekitar. Semasa cuti sekolah Cikgu Idham telah memperkenalkan projek lestari mesra alam.Zahiran dan kumpulannya ditugaskan mencari sekumpulan burung untuk projek tersebut.


Bab 2 : Fitnah

Keresahan Zahiran yang belum mencari burung untuk projek sekolah. Tambahan pula, dua rakannya telah demam menyebabkan mereka tidak dapat bersama untuk mencari burung. Pada suatu hari, Kasa, Seleman dan Setopa telah ternampak orang berpakaian kemas telah menemui Pak Tua. Tanpa usul periksa mereka telah menabur fitnah mengatakan Pak Tua ada kaitan dengan penjenayah atau tauke dadah. Fitnah ini disebarkan kepada penduduk kampung. Hal ini menyebabkan Zahiran dan rakannya bertelagah untuk ke Bukit Bintongor . Seleman telah menahan Zahiran dan penduduk kampung yang lain daripada menghampiri Bukit Bintongor. Alasannya cukup remeh iaitu bimbang jika ada serbuan ke atas kegiatan dadah Pak Tua, sudah tentu akan kena tangkap sama bagi sesiapa yang perg ke Bukit itu. Namun, Zahiran dan rakannya tidak mempercayai fitnah yang disebarkan oleh Seleman.


Bab 3 : Memasang hasrat

Zahiran dan rakannya Osman dan Kadir masuk ke Bukit Bintangor tanpa kebenaran Pak Tua. Ketika Zahiran berada di atas pokok, pak Tua datang menyebabkan Osman dan Kadir lari lintang pukang seolah-olah nampak hantu. Namun, Zahiran dengan tenang turun dari pokok dan berbual dengan Pak Tua. Pak Tua menasihatkan agar Zahiran tidak lagi menangkap atau membunuh haiwan. Nasihat ini didengari oleh Zahiran. Dari situ bermulalah hubungan Zahiran dengan Pak Tua. Banyak maklumat telah diberikan kepada Zahiran.Zahiran merasakan setiap perkataan yang terluah daripada bibirnya penuh dengan nilai kasih sayang yang amat murni. Zahiran juga menyatakan hasratnya ingin berjaya dalam PMR agar dapat masuk aliran sains dan belajar di MRSM atau sekolah sains.


BAB 4: Bukan Sembarangan Orang

Hamzah, Marzuki dan Khuzairi puas dengan hasil tangkapan masing-masing. Khuzairi memberitahu kawan-kawannya bahawa begitu senang untuk menjadi terkenal seperti Pak Tua yang berpura-pura gila, buat-buat mereng, buat-buat nyanyuk sehinggakan jadi terkenal di serata kampung. Ketika mereka berbual-bual, mereka terserempak dengan Zahiran, Osman dan Kadir. Perbualan mereka banyak tertumpu kepada Pak Tua. Zahiran menegaskan yang Pak Tua tidak gila, malah baik dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Namun, kawan-kawannya tidak mempercayai sehinggalah Zahiran memberitahu Pak Tua ialah bukan sembarangan orang. Buktinya dia sanggup membeli bukit dengan harga ribuan ringgit untuk di jadikan taman rekreasi. Malah setiap batang pokok di bukit itu telah dinamakan dengan nama biasa dan nama saintifik. Zahiran juga telah mengajak rakan-rakannya berjumpa dengan Pak Tua. Pada awalnya mereka takut, tapi setelah di terangkan oleh Zahiran mengenai pertemuannya dengan Pak Tua, mereka telah bersetuju untuk berjumpa dengan Pak Tua tetapi setelah memberitahu ibu bapa masing-masing.


BAB 5 : Sangkaan yang meleset

Zahiran mengatur langkah ke Bukit Binangor. Dia sudah tekad ingin berkenalan dengan Pak Tua. Dia ingin mengenali Pak Tua yang selama ini dicaci dengan pelbagai tuduhan oleh orang kampung. Zahiran merasa kagum apabila tiba di pertengahan bukit kerana keadaannya tidak semak seperti yang disangkakan olehnya. Keadaan ini seolah-olah sebuah taman rekreasi yang dijaga rapi.Malah Zahiran merasakan seolah-olah sedang berada di Taman Botani Putrajaya. Setiba di tempat Pak Tua, Zahiran sempat sarapan dan makan tengah hari bersama Pak Tua. Mereka berjalan-jalan sekitar Bukit Bintangor. Banyak ilmu yang diperoleh Zahiran daripada Pak Tua. Sejak hari itu Zahiran sering mengujungi Pak Tua, malah kadang-kadang bermalam. Tidak berakhir di situ, kawan-kawan Zahiran telah sepakat untuk menemui Pak Tua. Sejak menemui pak Tua persepsi mereka telah berubah malah banyak memuji tentang kelebihan orang tua tersebut.


BAB 6 : Karut-marut

Petang yang ceria, Zahiran menuju kea rah kedai runcit Pak Long Hamad untuk membeli tepung, gula dan kopi yang disuruh oleh ibunya. Sepanjang jalan yang dilaluinya, Zahiran melihat begitu banyak tumbuhan hijau yang dahulunya tidak pernah diketahui tetapi kini seolah-olah begitu rapat dalam kehidupannya. Kini hanya dengan melihat daunnya saja, dia sudah dapat menjelaskan bentuk pokoknya. Semasa di kedai runcit Pak Long Hamad, Zahiran telah diperli oleh Seleman , Kasa dan Stopa. Stopa menyatakan nama saintifiknya ialah Stopa de Caprio. Namun, Zahiran berlalu tanpa menghiraukan kata-kata mereka. Pada suatu hari, berita Hamzah demam disebabkan tersampuk hantu tanah di Bukit Bintangor telah meresahkan Pak Tua. Tambahan pula , cerita bahawa Pak Tua pengamal ilmu hitam telah tersebar luas. Namun, ini tidak mematahkan semangat Pak Tua untuk melawat Hamzah bersama Zahiran. Setibanya dirumah Hamzah, Pak Tua mengarahkan agar Hamzah dibawa ke hospital dengan segera kerana demam kuning. Walaupun pada mulanya ditentang oleh Pak Hamid namun akhirnya mereka bersetuju membawa Hamzah ke hosipital. Segala perbelanjaan ditanggung oleh pak Tua.Gigitan nyamuk menyebabkan Hamzah menghidap demam kuning dan Pak Hamid terkena penyakit untut. Pak Tua ingin membantu keluarga Hamzah.


BAB 7 : Kita Perlu Bertanggungjawab.

Penyakit Hamzah telah menutup mulut orang-orang kampung yang sebelum ini tidak senang dengan Pak Tua. Satu mesyuarat diadakan apabila beberapa orang lagi murid Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai menghidap demam yang sama. Lebai Jusoh dan Pak Tua telah dipanggil untuk membincangkan hal tersebut.Pak Tua menegaskan demam kuning disebabkan oleh nyamuk. Salah satu cara untuk mengatasinya ialah membersihkan kawasan kampung. Hal ini dipersetujui untuk mengadakan gotong royong terutama kawasan rumah Pak Hamid.Agensi yang terlibat dengan gotong royong ini ialah Syarikat Alam Flora, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya. Wakil rakyat turut bermurah hati menyediakan makanan dan minuman untuk majlis tersebut. Pegawai daripada Jabatan Kesihatan turut memberikan ceramah cara-cara untuk menjaga kesihatan. Namun, tugas belum selesai selagi tidak membantu Pak Hamid. Pak Tua mencadangkan kutipan derma dilakukan untuk membantu Pak Hamid membiayai rawatan penyakit untutnya.Kerjasama daripada masjid, sekolah jabatan kerajaan, akhbar Utusan Malaysia , Jabatan Kebajikan Negara dan wakil rakyat telah dicadangkan. Hasil daripada kerjasama itu , Pak Hamid telah menerima rawatan dan pembedahan di Hospital Appolo, Chennai, India. Kini Kampung Alor Rambai telah terhindar daripada sebarang pencemaran.Pada suatu hari, Zahiran ternampak kepulan asap dari hutan bukit Bintangor. Dia meluru ke tempat kejadian. Dia melihat Pak Tua mengalir air mata melihat sebatang bintangor yang sudah terbakar.Kejadian itu menyebabkan Kasa dan Seleman memohon maaf daripada Pak Tua. Kini mereka menjadi akrab, malah membantu Pak Tua menjaga kehijauan alam Bukit Bintangor.


BAB 8 : Ada Kisah Tersendiri

Pada suatu malam yang indah, Pak Tua telah berteka-teki dengan Zahiran. Pada masa yang sama Zahiran bertanyakan mengapakah Pak Tua suka menanam pokok bintangor. Secara tidak langsung, terbongkarlah kisah keluarga Pak Tua. Beliau pernah tinggal di Bandar Chicago. Isterinya Kamariah dan dua orang anaknya telah meninggal dunia dalam kemalangan sewaktu pulang dari membeli- belah di Kota Chicago. Pak Tua merasa sedih kerana Kamariah tidak sempat melihat kejayaan yang telah dicapai olehnya dan rakan-rakannya mengenai penemuan penawar HIV. Salah satu bahan uji kajinya ialah daripada bintangor. Terjawablah mengapa Pak Tua suka menanam bintangor. Masa terus berlalu, Zahiran diterima masuk ke Kolej Matrikulasi Melaka di Londong kerana berjaya dengan cemerlang dalam SPM. Kini, sudah tiga tahun Pak Tua kembali ke rahmatullah. Dia akan menurut jejak langkah pak Tua, menjadi seorang ahli sains yang berjasa kepada manusia dan masyarakat sejagat. Orang kampung pula riuh terutama di kedai runcit Pak Long Hamat apabila wajah Pak Tua muncul di muka depan akhbar Berita Minggu. Pak Tua merupakan seorang Pesara Pakar Penyelidik Sintesis Organik yang dikenali sebagai Profesor Osman Yunus. Beliau telah mewakafkan Bukit Bintangor untuk tujuan Pendidikan dan Penyelidikan.

3 comments:

  1. thanx la sbb buat blog ni..
    kalau x,tak siap la keje b.skrap ttg novel ni...
    Thank You So Much...

    ReplyDelete
  2. klau persoalan bagi setiap bab xde ke?????/

    ReplyDelete
  3. terima kasih sangat-sangat.....
    kalau tak,mampus lah aku dihentam cikgu aku

    ReplyDelete