Search This Blog

Popular Posts

Tuesday, 8 March 2011

KATA TANYA

Kata Tanya

Menurut tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al:2004:243), kata Tanya
ialah perkataan yand digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Kata
tanya terdiri daripada bila, di mana, siapa, apa, mengapa, berapa dan bagaimana.

Kata tanya siapa digunakan untuk manusia dan tidak boleh guna untuk benda atau binatang Kata Tanya apa tidak boleh guna untuk manusia.

KATA SERU

Kata Seru
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 243), kata
seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan
digunakan dalam ayat seruan.

Kata Seru merupakan kata tugas yang digunakan dalam pembentukan ayat seruan dengan
tujuan melahirkan berbagai-bagai perasaan. Kata Seru menyatakan pelbagai perasaan
marah, gembira, sakit dan terkejut. Contoh kata seru adalah seperti wah, oh, amboi, aduh, cis, nah, wahai, syabas dan kasihan.

Ayat yang menggunakan kata seru diucapkan dengan nada atau intonasi seruan dengan tanda seru (!) diletakkan pada akhir ayat.

Kata Seru


Maksud

Wah Perasaan hairan, terkejut, gembira
Oh Terkejut, merayu
Amboi Perasaan hairan, mengejek
Aduh Perasaan sakit
Cis Perasaan benci, marah, jijik
Nah Perasaan memberi sesuatu dengan marah
Wahai Perasaan sayu, sayang, merayu, menarik pehatian
Syabas Perasaan puas, gembira, memuji, mengucapkan tahniah

KATA SENDI NAMA

Kata Sendi Nama
Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan
kata atau frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
(Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 252), kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.

Contoh kata sendi nama ialah.

di bagai laksana antara ke demi
sejak untuk dari tentang terhadap dengan
daripada seperti akan dalam kepada bagai
oleh sampai pada umpana hingga

Kata sendi nama terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan
dipisahkan daripada perkataan yang mengikutnya. Kata sendi nama ialah perkataan
yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa
yang lain.

Kata Sendi Nama Penggunaan Contoh Ayat

Di Menunjukkan tempat (Tidak boleh digunakan untuk menunjukkan masa )
Ah Geok tinggal di Perak

Ke Menunjukkan tempat arah dan masa
Dia hendak pergi ke Kedah pada bulan hadapan.
Ekspo Kerjaya ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga ke pukul 5.00 petang.

Dari Menunjukkan tempat dan masa
David berasal dari Pulau Pinang
Ahmad menunggu kawannya dari pukul tiga petang tadi.

Hingga Maksud had masa
Amin bekerja dari pagi hingga petang.

Dengan Maksud bersama-sama
Ayah pergi ke pasar dengan adik

Daripada Tempat datangnya sesuatu / Asal kejadian sesuatu benda / Perbandingan Chandran menerima surat itu daripada abangnya.
Baju batik ini diperbuat daripada benang sutera.
Bangunan Maybank lebih tinggi daripada bangunan itu.

Pada Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. / Keterangan waktu. Lukisan itu digantung pada dinding.
Hujan turun dengan lebat pada pagi semalam.

Kepada Menunjukkan arah, tempat orang yang ditujui.
Surat jemputan itu ditujukan kepada pengerusi persatuan.

Bagi / Untuk Menunjukkan tujuan sesuatu itu dilakukan
Hari Kantin diadakan bagi / untuk mengisi tabung kewangan sekolah.

Sejak / Sementara Menunjukkan waktu / masa
Sejak pagi tadi, Munira asyik termenung saja.

Terhadap Merujuk kepada unsur yang melibatkan penyambut yang tertentu.
Setiap pemuda mestilah menanam rasa hormat terhadap orang yang lebih tua.

Antara Digunakan di depan kata nama yang membawa maksud
Antara makanan yang dihidangkan ialah sate.

"di" atau "ke", "dalam" berfungsi untuk menunjukkan arah / tempat.
Seok Hwa berada di dalam bilik bacaan.
Daniel masuk ke dalam rumahnya.

Demi Menunjukkan maksud tujuan
Kita mesti sanggup berkorban demi negara yang kita cintai.

Tentang Maksud perkara atau hal yang dilakukan
Encik Ahmad memberitahu pelajarnya tentang latihan bola sepak yang
akan diadakan pada hari Selasa.

Oleh Maksud sebab
Murid-murid yang ponteng sekolah itu berjaya ditangkap oleh guru disiplin.

Akan Menunjukkan maksud "kepada" atau "terhadap"
Amidi rindu akan keluarganya di Sabah.

KATA KERJ

Kata Kerja
Kata kerja menyatakan perbuatan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah
Karim et. al : 2004 : 139), kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu:

i) Kata kerja transitif
ii) Kata kerja tak transitif

Kata Kerja Transitif

Menurut Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja transitif ialah kata kerja
yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 143)

Subjek Kata Kerja Transitif Objek
1. Ibu memasak kari ayam
2. Ahmad menendang bola

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 141)

Subjek Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Pelengkap
1. Mereka bermain bola di padang
2. Azli tinggal di Pahang

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata Kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140)

Subjek Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Keterangan
1. Mereka makan di Restoran Sahur
2. Dia membeli-belah di Singapura

Kata Kerja Transitif
Kata Kerja yang mengambil satu objek di belakangnya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata kerja transitif yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90).

Contoh:
1. Emak memasak (kata kerja transitif) kari ayam (objek)
2. Kakak membelikan (kata kerja transitif) Kartini kamus.

Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut
atau objek sesudahnya. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90). Menurut Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140), kata kerja tak transitif
dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:

i) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
ii) Kata kerja tak transitif berpelengkap

Contoh:
1. Murid-murid berbaris (kata kerja tak transitif) di padang sekolah
2. Pasukan hoki berlatih (kata kerja tak transitif) setiap petang.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
- bertujuan melengkapkan maksud ayat.
Contoh:
1. Murid-murid itu tinggal [di asrama sekolah]. - pelengkap

Kata Kerja Tak Transitif tidak diikuti oleh pelengkap dikenali sebagai kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
Contoh:
1. Pegawai penerangan sudah tiba.

KATA GANDA

Kata Ganda
Penggandaan ialah cara membina perkataan dengan mengulang seluruh atau separuh daripada satu kata dasar (Koh Boh Boon, 1999:47). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 49), kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara seluruh atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Kata Ganda Penuh Kata Ganda Separa Kata Ganda Berimbuhan Kata Ganda Berentak
Buku-buku Jejentik Tolong-menolong Bukit-bukau
Meja-meja Lelangit Hormat-menghormati Gunung-ganang
Guru-guru Lelaki Sayang-menyayangi Gotong-royong
Peserta-peserta Popohon Bantu-membantu Semak-samun
Murid-murid Kekura Kasih-mengasihi Riuh-rendah

Penggandaan Sepenuh - Seluruh kata dasar diulang
Penggandaan Separah - Mengulang sebahagian daripada kata dasar
Penggandaan Berimbuhan - Setengah-setengah perkataan berimbuhan mengalami penggandaan separa - mengulang bahagian perkataan yang merupakan kata dasarnya (Koh Boh Boon, 1990:48)
Penggandaan Berentak - Membina perkataan dengan mengulang kata dasar berdasarkan rentak atau irama kata dasar.

KATA ARAH

Kata Arah
Kata Arah bermaksud arah sesuatu, didahului oleh kata sendi dan menunjukkan arah.
Contoh kata arah adalah seperti tepi, atas, sisi, tengah, pusat, samping, segi, hujung
antara dan sudut.

Contoh ayat
1. Bunga hiasan itu sesuai ditempatkan di penjuru rumah
2. Pertunjukkan tarian itu jelas dari sudut kiri stadium
3. Kanak-kanak itu ditinggalkan di tepi jalan.
4. Pelumba basikal itu bertolak dari Utara ke Selata

KATA PERINTAH

Kata Perintah
Kata Perintah digunakan untuk memberikan suatu perintah. Menurut Tatabahasa Dewan
Bahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 :244), kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.

Contoh kata perintah adalah seperti:
Jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap.

Kata Perintah

Penggunaan
Jangan Melarang melakukan sesuatu
Usah Jangan melakukan sesuatu
Sila Meminta dengan hormat supaya melakukan sesuatu
Jemput Mengajak atau mengundang
Minta Mahu akan sesuatu
Tolong Meminta bantuan
Harap Meminta supaya terjadi sesuatu perkara